Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU 1432 HIJRAH

ASSALAMMUALAIKUM.....

               Lama sungguh tak update blog ni...last 9 November, selepas tu memang sibuk sikit dengan Sukan Asia....walaupun tak pergi ke Guangzhou, tapi kenalah memantau dan mengupdate pasal kontinjen negara kat ofis ni. Alhamdulillah, kontinjen Malaysia dapat 9 pingat emas.
               Lepas tu Raya Haji pulak kan.....balik kampung kat Pekan, Pahang pun petang Hari Raya tu sebab kerje dulu pagi tu....
              So sekarang dah free sikit, jadi bolehlah berceloteh sikit.....SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 1432 HIJRAH buat semua ye......semoga di tahun 1432Hijrah ini amal ibadat kita dapat terus diperbaiki dan dipertingkatkan...menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.....azam saya, InsyaAllah saya mahu memperbaiki waktu solat yang selalu buat di hujung2 waktu, perbanyakkan membaca Al-Quran, dan sudah pasti mahu menjadi isteri yang solehah kepada suami saya, Khairil Faiz Omar. Juga menjadi ibu mithali kepada anak-anak saya, Khairil Danish dan Khairil Darwisy. Sudah tentu juga saya mahu terus berbakti kepada mummy dan abah saya, juga kepada ibu dan bapa mertua saya. InsyaAllah.......moga dipermudahkanNYA.
             Teringat pulak dulu masa kecik2, selalu dengar dan nyanyi nasyid Maal Hijrah, hafal sebab lagu best dan sebab nak jaawab soalan agama masa peksa...hehehe

MAAL HIJRAH - AL-AJIBA
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman