Thursday, July 23, 2015

Daging Palembang Ibu Mertuaku

Seperti biasa, setiap kali raya, tentunya kita nak makan menu raya kan. Ketupat, lemang sudah semestinya. Rendang dan kuah kacang lah "gu" nya yang terbaik. Kalau dalam famili aku, kami suka makan ketupat (anyam sendiri) dengan sambal nyu/nyiur/kelapa + ikan. Tu memang yang dicari2 kalau masa raya. Menu turun temurun dari arwah Wan aku. Kena goreng sampai garing baru sambal tu tak mudah basi. 

Bila Abang Ngah aku kawen, dia belajar pulak buat lemang dari Mak Mentua dia, so sampai sekarang lah tiap kali raya puasa atau haji, dia akan buat lemang.......buluh cari sendiri (adik beradik cari), daun pisang pun senang kan nak cari. Bakar sama-sama.

Ketupat, aku akan anyam dengan mami, atau abang2 aku especially Abang Long yang pandai anyam. Makan dengan apa?....Kuah kacang yang ditempah dgn sepupu aku atau sambal nyu tadi. Takpun rendang yang kakak ipar aku masak. 

Bila aku dah kawen, 1st year raya kami balik Pekan (masa tu pregnantkan Danish), 2nd year raya balik rumah Mak Mentua aku. Mula2 aku rasa macam pelik jugaklah sebab malam raya takde pun buat ketupat / lemang / ketupat segera semua tu. 

"Selalu kalau raya Mak masak bihun putih dengan daging palembang je", kata suami aku. 

"Kalau bihun bukanlah raya, hari2 lain pun boleh masak bihun", si isteri memberi respon.

Tapi itulah menu yang dimasak sebab nak jamu orang surau yang akan datang bertakbir dari rumah ke rumah.

Tapi MIL ada jugak tanya aku, kalau kat Pahang raya buat apa?...Aku cakaplah aku buat ketupat semua tu.......dia cakap ketupat segera ada, nak rebus?....

Maka menu pagi raya pun adalah ketupat segera dimakan dengan daging palembang. Ramai pulak yang berminat lepas tu....ketupat + palembang.

Daging palembang tu takdelah susah sangat nak buat sebenarnya, aku buat 1st time masa bertunang, masa tu tunang aku bagi resepi and instruct by phone, menjadi, tapi aku tak sure "rasa" nya sebab aku tak pernah rasa. Lepas tu semua famili aku termasuk sepupu sepapat pun nak resepi.

Masa lepas kawen aku buat sama2 dengan suami aku, pastu bagi kawan2 kitorang makan (kawan dia dan aku sama je...sebab from circle yg sama...masscomm uitm badge 1997-2001). Bawang2 yg banyak tu aku tumbuk pakai lesung batu yg comel je sebab masa tu blender pun takde kat rumah. Lepas tu baru kawan aku Rosli Nordin (officemate aku a.k.a housemate husband aku) hadiahkan blender. Sampai sekarang dah 12 tahun, blender tu masih berkhidmat.

Panjangnya cerita.......sebenarnya nak bagi resepi daging palembang je. Setiap kali aku bawak daging palembang tu ke office, termasuk raya kali ni, mesti orang akan mintak resepi. Aku tak pernah lagi share kat sini.

 So ini resepinya. Resepi asli dari ibu mertua ku.

(Aku copy paste from phone aku,  yg aku WA kat kawan2 yg nak resepi tu)


RESEPI DAGING PALEMBANG

Bahan-bahannya

*      1.5kg daging
*      Lebih kurang 1/2kg bawang merah + bawang putih + halia sikit = diblender, kalau rajin tumbuk lah 😁 atau  lebih kurang suku dari daging tu.
*      Cili kering – terpulang nak blend sekali dgn bawang or nak potong atau boleh jugak nak guna cili merah besar.
*      Santan - sekotak besar santan M&S + separuh kotak air.  Kalau santan biasa pun boleh, agak2 lah
*      Daun kari – segenggam 
*      Kicap manis kipas udang – setengah botol kecik tu or sampai cover daging tu.
*      Minyak masak untuk menumis.

Cara-caranya:

1.    Perap daging dengan kicap dan daun kari. Lagi banyak daun kari lagi sedap, tapi jangan daun kari mendominasi pulak hehhe. Perap dlm tiga jam. Kalau nak perap malam dan esok masak pun boleh. Kalau nak ekpress, sekejap pun boleh. Tapi lagi lama perap, lagi sebati.
2.    Panaskan minyak, tumis bahan blend sampai pecah minyak.
3.    Masukkan daging. Biarkan sampai air daging hampir kering.
4.    Bila air daging dah nak kering tu, masukkan santan – jangan masuk semua, agak2 tutup daging tu je. Jaga jangan sampai naik minyak dan biarkan hingga daging empuk. Kalau tak empuk lagi, tambahkan santan.
5.    Biarkan hingga masak sepenuhnya, terpulang nak kuah banyak or sikit. Kalau nak kering tu biarkanlah sampai kering. Tapi kalau kering sangat tak sedap, sbb kuah tu sedap untuk dimakan dengan asi impit or lemang.
6.    Kicap tu dah membuatkan resepi ni masin, kalau tak masin jugak, letaklah garam. Tapi masin sangat tak bagus untuk kesihatan 
7.    Tu je, dah siap. Mudahkan?......
8.    Selamat memasak, selamat makan dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

*ada sesetengah tempat, diorg tumis rempah ratus dan letak kerisik,
 tu resepi diorg, ni resepi MIL aku.*


















Raya dan kerja.....

Assalammualaikum......

Salam Syawal......Selamat Hari Raya......

Oh...setelah lima bulan baru nak buat entree baru......nyata aku tak punya banyak masa untuk diri sendiri...walau banyak yang hendak dicerita tapi bila kat office - kerja, bila sampai rumah - hal rumah + anak, bila dah  tidurkan anak, ibu pun tidur sama......

Ye, sekarang ni Hari Raya, dah raya ke-7 dah ni, sesiapa yang puasa enam, esok dah raya semula. Macam kawan aku si Azlin Nordinar tu.....esok dia nak raya lagi sekali..... Aku tak dapat cuti raya, tahun ni turn kerja,  tapi Alhamdulillah boss bagi off pada raya kedua, so sempat balik jumpa mami di Kg. Kiambang, Ganchong, Pekan, Pahang. 

Raya ketiga pagi2 dah balik KL, kul 2 masuk kerja. Kerja kat mana?.....Oh aku kerja government.....eh gomen cuti apasal aku kerja?.....Oh aku kerja bahagia media......

Hari raya ke-7, aku off, ni tengah "raya" di Espresso Lab, Taman Melawati........sambil2 teman Mr. Hubs buat kerja, aku pun bawak laptop sama. Malas nak jalan2, penat.

Caramel macchiato iced & vanilla crepe.......

Nyummmssss......
Tu lah menu raya petang ni hahaha...tadi dah kenyang makan ikan terubuk dan pari bakar di Pasar Datuk Kerama lama. Terbau2 lagi air asam kat tangan ni. (Gambar takde sebab dah lapar sangat...)

Okeh....vanilla crepe tu sedapppppp.........do come here at Taman Melawati. Red velvet kat sini pun sedappp... Nutella crepe pun ada (kejap lagi maybe order kot)........pasta pesto pun ada...pasta lain2 pun ada....

Dating.......dia buat kerja, aku ikut suka...


That's all. See you in next post.



Wednesday, February 4, 2015

Homemade fishball ikan tenggiri

Ok....ni aku nak kongsi resepi buat fishball sendiri. Resepi ni aku dapat dari adik sepupu aku yang kitorang panggil "Dayang".....walaupun nama sebenar dia takde Dayang pun. 

Sebenarnya masa kecik2 dulu Mami aku dan arwah Abah selalu jugak buat fishball sendiri nak2 lagi bila Abah dapat ikan sungai yang kami panggil ikan "ikan potok"....eh bukan...ikan BELIDA....bentuk ikan ni nipis, bersisik halus, dan banyak tulang ya amat.....tu sebab Abah buat fishball agaknya. Nama sebenar atau nama saintifik ikan tu aku tak tahu .....nanti kalau jumpa gambar, aku letak ye. 

Ok, berbalik kepada resepi fishball ikan tenggiri tadi, tak susah sebenarnya nak buat, sekejap je pun kalau concentrate. Kalau kat Pahang ni, dah boleh buat fishball tenggiri ni maknanya dah boleh buat Mee Calong lah. Mee ni popular kat area Beserah. Tapi aku tak tahu macamana rasa mee ni so aku takleh nak buat heheh. Nak kata tak pernah makan, aku rasa pernah tapi masa zaman kecik2 dulu sebab Abah selalu bawak kitorang pergi Beserah, Balok dan kawasan2 sama waktu dengannya. Dan confirmlah kitorg makan pelbagai makanan tradisi negeri Pahang. InshaAllah nanti aku balik Pekan, aku bawak Mami pergi cari Mee Calong kat Beserah.

Eh panjang lak mukadimahnya kan....kat bawah ni bahan2 dan cara2 nak buat fishball ye.....


Bahan2:

*ikan tenggiri - anggaran 1kg 
*daun ketumbar - cincang halus
*bawang putih - cincang halus
*blackpepper
*garam halus
*tepung ubi / jagung / gandum

Cara2:
~ ikan tenggiri dibuang tulang dan kulit, lepas tu tumbuk....blender pun boleh tapi tumbuk lagi sedap,terasa isinya
~ gaulkan isi ikan yg dah tumbuk tu dengan daun ketumbar, bawang putih,blackpepper dan garam. Kuantiti bagi semua ni agak2 je lah ye.... ai letak 5 biji je bawang putih tu sbb besar2. Sayur tu
Pulak boleh je masukkan sayur2 lain yang korang nak
~ masukkan tepung ubi atau tepung jagung atau tepung gandum dalam isi ikan yang dah digaul dengan semua2 tu tadi.....tepung jangan byk sgt nanti jadi tepungball pulak. Anggaran tepung yang ai letak ialah sesudu besar dan tepung gandum sebab tu je ada kat umah.
~ dah sebati tu boleh lah dibulat2kan ikut size yg korang nak....kalau terlebih rajin buatlah kecik2, kalau nak cepat (bukan malas)...buat besar2 sikit. Yang size ai buat tu kecik sikit dari meatball ikea, dapat dalam 38 biji.
~ dah siap semua tu bolehlah dibuat sup ke, rebus cam tu je ke....dah boleh frozen kan jugak yg tak rebus lagi. Tunggu air mendidih baru masukkan ye.....dah masak nanti dia timbul cam rebus buah Melaka. 
~ nak buat filling utk tauhu ke, cili ke, bendi ke macam Yong tau foo tu pun boleh.

~ Bila dah buat ni baru terasa senang je sebenarnya. So lepas ni kita  takyah beli dah Fishball kat kedai....makan fishball buat sendiri je....inshaAllah halalan toyyiban....(dulu Ustaz Suhaimi yg ajar Bahasa Arab kat kelas aku selalu sebut "Toyyibbb" kalau jawab betul.....ye, aku belajar Bahasa Arab tapi tak pandai sgt......)

~ Selamat mencuba dan selamat menikmati fishball air tangan sendiri 😀

Monday, January 19, 2015

2015.....tengok bunga api....

Arghhhhh...dah 2015.....last update blog pada 2013....teruknya lah...maknanya azam tahun lepas tak tercapai walaupun sebenarnya banyakkkkkk yang nak ditulis.

Okey...let's start for this year and hope it will continuous.....takde stop2 dah.......

Assalammualaikum....

Dah 19 Januari 2015........

Banyak sebenarnya yang aku nak cerita tapi semuanya dalam kepala....
Idea datang bila-bila masa...tak kira tempat ...tak kira ketika....
Waktu itu otak ralit menyusun kata....
Namun sampai sudah...tiada yang menjadi nyata....

Tapi hari ini aku harap semuanya terlaksana
Akan ku zahirkan semua yang dikata
Kata-kata yang bukan untuk aku sahaja
Tapi untuk dikongsi dengan korang semua

Tak kira lah pengalaman aku ke
Apa yang aku nampak orang lain buat ke....
Apa yang aku rasa bagus untuk dikongsi bersama....
Tak payah bayarpun.....korang ambik aje....
Cuma jangan jadikan hak cipta diri sendiri sudah le........

Okey........(tarik nafas...)

Actually aku dah lama nak bawak anak2 gi tengok bunga api malam new year
Walaupun dari rumah boleh nampak gak bunga api klcc tu, tapi tak clear
 Jadi awal2 aku dah book PNB Darby Park .....
Tu je yang available......bukan aku nak tunjuk lagak.....

Tiba2....banjir melanda.....walaupun aku tak kena tapi hati tetap sebak
Tiap2 hari fikirkan mak .....
Alhamdulillah....setakat sejengkal je air masuk kat ruang tamu bawah 
Dibandingkan rakyat Kelantan.....pengalaman mereka lagi sukar....

Ok back to bunga api tadi....
Tiba-tiba PM umum semua acara sambutan new year dibatalkan....
Ok.....tapi hotel tak boleh kensel....
In fact dah potong pun duit kad kredit.....
So aku bagitahu anak2 .....maybe bunga api takde
Tapi kitorang tetap tunggu bermula jam 11:56 malam.....(ikut jam menara maxis)
Jeng...jeng...jeng.......
Tepat 12:00 tanda masuknya new year 2015....
Maka bunga api pun kelihatan.....
Alhamdulillah tercapai juga hajat......
10 minit kami pegun melihat percikan warna warni di awan....
Cantik sekali....
Puas hati....berbaloi.....







Ok...kitorang duduk satu malam.....
Recommended ......but pricey.....namun pushati.....

Oh...esoknye masa dalam lif terjumpa sorang pakcik ni
Dia pun kata "nasib baik ada jugak bunga api malam tadi".....
Hahahaha....well bukan aku sorang je lah yang ingat bunga api pun kensel kan.....

Eh...gambar bunga api takde....
Tengah tunggu hubby aku send jap...
Sebab seme gambar kat dlm phone dia......
Kalau dah dapat nanti aku tempek ye.....

Sekian sahaja untuk kali ni....
Jumpa lagi seketika nanti.....