Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Daging Palembang Ibu Mertuaku

Seperti biasa, setiap kali raya, tentunya kita nak makan menu raya kan. Ketupat, lemang sudah semestinya. Rendang dan kuah kacang lah "gu" nya yang terbaik. Kalau dalam famili aku, kami suka makan ketupat (anyam sendiri) dengan sambal nyu/nyiur/kelapa + ikan. Tu memang yang dicari2 kalau masa raya. Menu turun temurun dari arwah Wan aku. Kena goreng sampai garing baru sambal tu tak mudah basi. 

Bila Abang Ngah aku kawen, dia belajar pulak buat lemang dari Mak Mentua dia, so sampai sekarang lah tiap kali raya puasa atau haji, dia akan buat lemang.......buluh cari sendiri (adik beradik cari), daun pisang pun senang kan nak cari. Bakar sama-sama.

Ketupat, aku akan anyam dengan mami, atau abang2 aku especially Abang Long yang pandai anyam. Makan dengan apa?....Kuah kacang yang ditempah dgn sepupu aku atau sambal nyu tadi. Takpun rendang yang kakak ipar aku masak. 

Bila aku dah kawen, 1st year raya kami balik Pekan (masa tu pregnantkan Danish), 2nd year raya balik rumah Mak Mentua aku. Mula2 aku rasa macam pelik jugaklah sebab malam raya takde pun buat ketupat / lemang / ketupat segera semua tu. 

"Selalu kalau raya Mak masak bihun putih dengan daging palembang je", kata suami aku. 

"Kalau bihun bukanlah raya, hari2 lain pun boleh masak bihun", si isteri memberi respon.

Tapi itulah menu yang dimasak sebab nak jamu orang surau yang akan datang bertakbir dari rumah ke rumah.

Tapi MIL ada jugak tanya aku, kalau kat Pahang raya buat apa?...Aku cakaplah aku buat ketupat semua tu.......dia cakap ketupat segera ada, nak rebus?....

Maka menu pagi raya pun adalah ketupat segera dimakan dengan daging palembang. Ramai pulak yang berminat lepas tu....ketupat + palembang.

Daging palembang tu takdelah susah sangat nak buat sebenarnya, aku buat 1st time masa bertunang, masa tu tunang aku bagi resepi and instruct by phone, menjadi, tapi aku tak sure "rasa" nya sebab aku tak pernah rasa. Lepas tu semua famili aku termasuk sepupu sepapat pun nak resepi.

Masa lepas kawen aku buat sama2 dengan suami aku, pastu bagi kawan2 kitorang makan (kawan dia dan aku sama je...sebab from circle yg sama...masscomm uitm badge 1997-2001). Bawang2 yg banyak tu aku tumbuk pakai lesung batu yg comel je sebab masa tu blender pun takde kat rumah. Lepas tu baru kawan aku Rosli Nordin (officemate aku a.k.a housemate husband aku) hadiahkan blender. Sampai sekarang dah 12 tahun, blender tu masih berkhidmat.

Panjangnya cerita.......sebenarnya nak bagi resepi daging palembang je. Setiap kali aku bawak daging palembang tu ke office, termasuk raya kali ni, mesti orang akan mintak resepi. Aku tak pernah lagi share kat sini.

 So ini resepinya. Resepi asli dari ibu mertua ku.

(Aku copy paste from phone aku,  yg aku WA kat kawan2 yg nak resepi tu)


RESEPI DAGING PALEMBANG

Bahan-bahannya

*      1.5kg daging
*      Lebih kurang 1/2kg bawang merah + bawang putih + halia sikit = diblender, kalau rajin tumbuk lah πŸ˜ atau  lebih kurang suku dari daging tu.
*      Cili kering – terpulang nak blend sekali dgn bawang or nak potong atau boleh jugak nak guna cili merah besar.
*      Santan - sekotak besar santan M&S + separuh kotak air.  Kalau santan biasa pun boleh, agak2 lah
*      Daun kari – segenggam 
*      Kicap manis kipas udang – setengah botol kecik tu or sampai cover daging tu.
*      Minyak masak untuk menumis.

Cara-caranya:

1.    Perap daging dengan kicap dan daun kari. Lagi banyak daun kari lagi sedap, tapi jangan daun kari mendominasi pulak hehhe. Perap dlm tiga jam. Kalau nak perap malam dan esok masak pun boleh. Kalau nak ekpress, sekejap pun boleh. Tapi lagi lama perap, lagi sebati.
2.    Panaskan minyak, tumis bahan blend sampai pecah minyak.
3.    Masukkan daging. Biarkan sampai air daging hampir kering.
4.    Bila air daging dah nak kering tu, masukkan santan – jangan masuk semua, agak2 tutup daging tu je. Jaga jangan sampai naik minyak dan biarkan hingga daging empuk. Kalau tak empuk lagi, tambahkan santan.
5.    Biarkan hingga masak sepenuhnya, terpulang nak kuah banyak or sikit. Kalau nak kering tu biarkanlah sampai kering. Tapi kalau kering sangat tak sedap, sbb kuah tu sedap untuk dimakan dengan asi impit or lemang.
6.    Kicap tu dah membuatkan resepi ni masin, kalau tak masin jugak, letaklah garam. Tapi masin sangat tak bagus untuk kesihatan 
7.    Tu je, dah siap. Mudahkan?......
8.    Selamat memasak, selamat makan dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

*ada sesetengah tempat, diorg tumis rempah ratus dan letak kerisik,
 tu resepi diorg, ni resepi MIL aku.*


















Wednesday, February 4, 2015

Homemade fishball ikan tenggiri

Ok....ni aku nak kongsi resepi buat fishball sendiri. Resepi ni aku dapat dari adik sepupu aku yang kitorang panggil "Dayang".....walaupun nama sebenar dia takde Dayang pun. 

Sebenarnya masa kecik2 dulu Mami aku dan arwah Abah selalu jugak buat fishball sendiri nak2 lagi bila Abah dapat ikan sungai yang kami panggil ikan "ikan potok"....eh bukan...ikan BELIDA....bentuk ikan ni nipis, bersisik halus, dan banyak tulang ya amat.....tu sebab Abah buat fishball agaknya. Nama sebenar atau nama saintifik ikan tu aku tak tahu .....nanti kalau jumpa gambar, aku letak ye. 

Ok, berbalik kepada resepi fishball ikan tenggiri tadi, tak susah sebenarnya nak buat, sekejap je pun kalau concentrate. Kalau kat Pahang ni, dah boleh buat fishball tenggiri ni maknanya dah boleh buat Mee Calong lah. Mee ni popular kat area Beserah. Tapi aku tak tahu macamana rasa mee ni so aku takleh nak buat heheh. Nak kata tak pernah makan, aku rasa pernah tapi masa zaman kecik2 dulu sebab Abah selalu bawak kitorang pergi Beserah, Balok dan kawasan2 sama waktu dengannya. Dan confirmlah kitorg makan pelbagai makanan tradisi negeri Pahang. InshaAllah nanti aku balik Pekan, aku bawak Mami pergi cari Mee Calong kat Beserah.

Eh panjang lak mukadimahnya kan....kat bawah ni bahan2 dan cara2 nak buat fishball ye.....


Bahan2:

*ikan tenggiri - anggaran 1kg 
*daun ketumbar - cincang halus
*bawang putih - cincang halus
*blackpepper
*garam halus
*tepung ubi / jagung / gandum

Cara2:
~ ikan tenggiri dibuang tulang dan kulit, lepas tu tumbuk....blender pun boleh tapi tumbuk lagi sedap,terasa isinya
~ gaulkan isi ikan yg dah tumbuk tu dengan daun ketumbar, bawang putih,blackpepper dan garam. Kuantiti bagi semua ni agak2 je lah ye.... ai letak 5 biji je bawang putih tu sbb besar2. Sayur tu
Pulak boleh je masukkan sayur2 lain yang korang nak
~ masukkan tepung ubi atau tepung jagung atau tepung gandum dalam isi ikan yang dah digaul dengan semua2 tu tadi.....tepung jangan byk sgt nanti jadi tepungball pulak. Anggaran tepung yang ai letak ialah sesudu besar dan tepung gandum sebab tu je ada kat umah.
~ dah sebati tu boleh lah dibulat2kan ikut size yg korang nak....kalau terlebih rajin buatlah kecik2, kalau nak cepat (bukan malas)...buat besar2 sikit. Yang size ai buat tu kecik sikit dari meatball ikea, dapat dalam 38 biji.
~ dah siap semua tu bolehlah dibuat sup ke, rebus cam tu je ke....dah boleh frozen kan jugak yg tak rebus lagi. Tunggu air mendidih baru masukkan ye.....dah masak nanti dia timbul cam rebus buah Melaka. 
~ nak buat filling utk tauhu ke, cili ke, bendi ke macam Yong tau foo tu pun boleh.

~ Bila dah buat ni baru terasa senang je sebenarnya. So lepas ni kita  takyah beli dah Fishball kat kedai....makan fishball buat sendiri je....inshaAllah halalan toyyiban....(dulu Ustaz Suhaimi yg ajar Bahasa Arab kat kelas aku selalu sebut "Toyyibbb" kalau jawab betul.....ye, aku belajar Bahasa Arab tapi tak pandai sgt......)

~ Selamat mencuba dan selamat menikmati fishball air tangan sendiri πŸ˜€

Saturday, June 15, 2013

Maggi time!!!

Assalamualaikum....

Tetiba je nampak gambar maggi yg dimasak untuk anak2 aku ari tu..

Setiap kali aku masak maggi ni kan, sure diorg akan puji punya lah maggi ni sedap dan saaaaaayyyyannnngggggg ibu sambil peluk cium aku...😍


Bukan senang diorang nak dapat makan maggi ni, once in a week je....kekadang dua minggu sekali. Tapi syarat untuk diorang makan maggi ialah kena makan semua sayur dan rencah2 yang aku letak tu. Seperti gambar di atas, aku letak meatball, telur, kacang buncis, carrot dan daun bawang. Pastu aku masukkab sos cili dalam sesudu besar tu. Kalau untuk aku or hubby, aku letak jugak cili api potong dalam tu.

Pastu aku mee maggi tu pun aku rendam asing, dah kembang bilas dgn air masak, pastu baru masukkan dalam kuah yang dah siap tu.

Ni memang sejak aku kecil lagi setiap kali makan maggi arwah Abah 😒dan mami akan letak macam2 rencah...paling kurang telur je. Sebab tu lah sampai sekarang kitorg adik beradik kalau masak maggi tu bukan maggi bodo je org cakap apatah lagi nak bagi kat anak2. Kalau utk aku sorg je kekadang tu aku buat jugak style segera...masuk maggi dan air panas dlm Tupperware, tunggu 3 menet pastu makan sambil feeling2 makan rawon mcm dalam citer Korea tu kan hehhehe .......eh rawon pulak, ramen lah. Rawon tu menu dalam masakan Padang....

Dulu masa aku darjah 4-5 tu aku makan maggi ni sambil feeling2 guna chopstik walau hakikatnya aku pakai garfu je. Ini semua pengaruh cerita Cina yg petang2 tu. Antaranya citer Police Cadet yg ada Ah kit dan Ah yee tu.

Ok lah....(takkan resepi masak maggi pun nak bagi kan....hehheheh). 

*makan maggi ketika di malam hari dan ketika hujan lebat adalah sangat sedappppppp....



Tuesday, June 11, 2013

Air gula pisang!

Assalamualaikum.....
Semalam aku puasa...ni lah menu waktu berbuka....feeling2 Ramadhan yang sebenar.
Air gula pisang, sirap selasih dgn kembang semangkuk dan kismis (tak dan nak selongkar peti sejuk cari kurma)

Itu lah yang dinamakan air gula pisang! Favorite aku sejak dari kecik lagi....ye lah dah mami selalu masak...menu orang Pekan. Lagi best kalau pisang tu pisang lemak manis. Nak buat macam mana? Senang amat.

Bahan2:
*Pisang yg dipotong2 - kalau pisang lemak manis masukkan sebijik2 terus 
*Gula secukup rasa
*Air sehingga paras pisang
*Daun pandan (tak letak sbb takde)
*Cengkih (kalau tak suka bau tak payah letak)

Cara2nya: satukan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan hingga mendidih/masak. Dapur gas tu jangan tak on pulak. Dah masak boleh terus dimakan atau nak sejuk kan dulu pun best. 

Selamat mencuba!

Wednesday, October 19, 2011

Menu mudah dan sedap : Nasi daging + tabouleh

Assalammualaikum.....jumpa lagi.....

Hari ini off day, ingat malas nak ngadap PC sebab hari2 kerje memang dah duduk depan PC kan...tapi memandangkan malas nak tido (huiyooo....), nak keluar pun malas, masak dah sudah, kemas umah dah sudah......so cubalah nak update blog ni.

Tapi tak tahu lah plak nak tulis apa....walaupun ari tu janji nak citer pasal experience miscarriage tu, but I'm not ready yet.  So bila belek2 gambar yang ada kat tipon ni, maka terjumplah nasi daging dan tabouleh yang aku masak ari Ahad lepas. Aku masuk keje kul 10, so siapkan dulu lunch for hubby and kids, nasi daging adalah menu yang paling senang rasanya nak buat di pagi2 hari itu.

Inilah hasilnya.....
ni lah hasilnye...sori le, camera phone, tak clear sgt.


Yang sayur secoet tu ialah "tabouleh" iaitu sejeni salad dari middle eastern. Kalau orang Kedah makan nasi daging cicah ayaq asam, aku lak makan ngan "tabouleh" ni. Tak susah pun nak buatnye. Potong kecik2 or cincang tomato + daun ketumbar + bawang besar + olive oil + garam + jus lemon dan aku letak black pepper sikit. Kalau resepi asalnya, kena ada "bulghur".  (Bulgur (also bulghurburghul or bulgar) is a cereal food made from several different wheat species, most often from durum wheat. In the United States it is most often made from white wheat. Its use is most common in Middle Eastern cuisine, Turkey, Greece, Armenia and Bulgaria.)

Ni rupanye bulghur tu:

bulghur

Eh...berbalik kepada nasi daging tadi....aku kata senang tu sebab aku guna rempah segera. Rempah Nasi Daging Iman....selalunya aku masak letak ayam, tapi ni 1st time aku letak daging. Kalau ikutkan pada resepi tu, bancuh je rempah dan sup tomato yg dlm pek tu dengan sikit air, lepas tu tumis, masukkan daging, biarkan mendidih, masukkan beras basmathi dan air secukupnya, tanak sampai masak.

26012011994.jpg
rempah iman - macam2 ada, harga yang ni rm 1.30 je..

Tapi aku ikut style aku, ayam / daging aku rebus dulu dan aku campak 3 ulas bawang putih + sup bunjut. Beras Faieza Mohul Basmathi plak aku rendam dalam 20 min, lepas tu tus kan. Aku tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih, pastu masukkan rempah yang dah dibancuh tadi dan ayam/daging yang dah empuk tu. Biarkan sekejap, pastu masukkan beras dan stok tadi secukupnya, lepas tu tanaklah sampai masak. Yang kali ni, aku letak saffron sikit masa nasi tu dah hampir2 masak, kalau tak masa rendam tu aku letak kunyit sikit. Senangkan?...Paling best tak payah nal letak susu cair dah. Rempah2 segera lain yang aku tengok still kene letak susu cair..hehehe...express sikit yang ni.

Ok lah, selamat mencari rempah iman ni dan selamat memasak.!!!!!



           

Sunday, October 2, 2011

I'm BACK....Baked Oreo Cheesecake


Assalammualaikum dan Haii...
   
Sedar tak sedar, dah almaost setahun aku tak update blog ni....ngape ek?... Busy ke?...busylah jugak kot...walaupun banyak gambar2 tak kiralah masa holiday ke, masak2 ke, makan2 ke yang diambil dengan azam nak kongsi sama2 kat blog ni....tapiii....hahahaha...takkkkkk jugak buat. InsyaAllah lepas ni akan dikotakan.....
  
Tapi untuk permulaan ni (back in action - nak test balik skill mengarang ni..hehehehe), aku nak share ngan korang resepi Baked Oreo Cheesecake yang kalau dilihat gambarnya...sangatlaha "menggiurkan". Rasa cam nak membaking skang jugak...tapi still in confinement kan (i had miscarriage last two week @ 19 weeks pregnancy.....I'll share with u later....).

Tengok gambar ni dulu....bagi menaikkan keinginan korang nak buat dan makan kek nih.... BAKING is a THERAPHY...as well as SHOPPING..;) winking .hehehehe

 

Seperti yang tertera kat gambar di atas, resepi ini adalah milik tuan punya blog tersebut, Cek Chun. Cek Chun ni kawan aku masa kat UiTM dulu......sekelas...belajar Journalism tapi abih belajar dia jadi cikgu ajar anak-anak muridnya bahasa omputih...hehehehe...tapi dia pun suka makan dan masak2....
  
Okeh...jom tengok gambor kek yang dah di"slice" kan....fuhhh..memang menggugat  diet lah.....ditambah lagi dengan deconye yang menarik kalah secret recipe...(mesti kembang idung Cek Chun ni....aku puji hang serius ni tau......). Kalau korang nak tahu,hu kawan aku ni pun amik tempahan tahu.....so sape yang duduk area Teluk Kumbaq, Penang tu, bolehlah buat tempahan....eh, ni gambornye...


Ha...betul tak aku cakap?....Nanti aku kopipes resepinya kat bawah ni. Kalau nak tengok banyak lagi resepi, bolehlah korang jalan2 kat blog Cek Chun ni di http://www.maifood.blogspot.com.
  
Ni resepinya:
 
    30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
    1/4 cawan butter - cairkan
  
Bahan Filling
 
    16 oz (2 cawan) cream cheese - chun guna 500gm.
    1/2 cawan gula halus
    1/2 sudu teh esen vanila
    1/2 cawan sour cream - cari takde kat kedai, ganti dengan plain yogurt
    2 biji telor
    1 cawan oreo yang dicincang halus
 
    Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas.
    Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
    Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
    Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
    Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
    Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
 
Selamat mem"baking" dan makan.....:) happy

 

Tuesday, November 9, 2010

GRILLED CHICKEN

Assalammualaikum semua....(ramai ke yg bukak blog aku ni?...hehehhe..)

Ingat tak dalam last entry masak-masak, (beef steak tu) aku ada cakap yang beef steak tu utk Mr Hubby, and budak2 makan ayam....ni lah nye, GRILLED CHICKEN tu....ni resepi sendiri ye....my Mom's recipe lah... 

Untuk orang dalam pantang pun boleh makan ni, tapi make sure segala jahitan dan baik ye, takut tergaru2 plak kang....

      

ayam yang telah diperap...

Bahan-bahannye:

2 chicken full leg (macam dlm gambar tu ye..heheh)
1 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (aku letak 1 camca teh serbuk kunyit)
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara-caranye:

*serai (diracik halus dulu), halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk lumat (sikit je, so aku tumbuklah, kalau banyak, blender je).
*Gaulkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi dengan ayam. Masukkan gula dan garam. Gaul rata. Perap selama 5 jam. Taknak perap pun takpe.
*Bakar hingga masak. Aku bakar dalam microwave je, tekan button "roast chicken"..hehhehe.

Nota: sesuai utk buat daging bakar jugak.

...siap di bakar....sebelah dah kena makan...

nyum,..nyum..nyum...

SELAMAT MENCUBA........ :)






Wednesday, November 3, 2010

BEEF STEAK


Salam semua…..
Selasa hari tu was my off day, …..so seperti biasa aku akan tanya Mr. Hubby nak makan apa for dinner? And he requested for marinated beef …western style with rice katanya. Before this aku beli yang dah ready daging/ayam/lamb marinated kat Carrefour je. Tapi kali ni aku buat sendiri ye…..
For marinated beef steak tu, aku pun mulalah mengGoogle….walaupun kat umah byk majalah RASA dan yang seangkatan dengannya, tapi aku saja je mengGoogle sambil baring2 kan….. maka terjumpalah akan resepi yang senang sikit kat http://sayasukamasak.wordpress.com/ . Tapi tak ikut exactly lah, coz guna apa yang ada kat umah je.

Marinated Beef Steak (utk dua org makan) - budak2 makan ayam ye...
Ingredients:
2 keping daging lembu (steak)
Sebiji bawang besar – dicincang
Seulas bawang putih – dicincang
1 camca teh jintan manis – tumbuk
1 camca teh serbuk lada hitam
2 sudu besar Mix Herbs
1 sudu besar gula
3 biji limau kasturi
1 senduk Weichestershire sauce
Sedikit daun parsley – dicincang
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun secukupnya - untuk perap.

*       Gaulkan kesemua bahan dan perapkan daging semalaman ( aku perap 5 jam je). Pastu aku bakar dalam kuali je.
 

Ni lah daging yang diperap selama 5 jam tu.
  
* Beef steak yang dah siap dimasak, dihidangkan bersama blackpepper sauce, mix vege, potato dan nasi.


Blackpepper sauce
Ingredients:
antara bahan2 yg digunakan untuk beef steak
dan black pepper sauce.
Sebiji bawang besar – dicincang
1 camca teh Mix Herbs
Sehelai daun bay
1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dgn air
1 senduk Weichestershire sauce
1 camca teh serbuk lada hitam – kalau nak pedas, tambah lagi
1 kotak whipping cream
3 sudu besar butter – aku guna Naturel spread coz butter dah abih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun untuk menumis

·         Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
·         Masukkan Mix Herbs, lada hitam dan daun bay…..tumiskan seketika.
·         Masukkan Weichestershire sauce, gaul rata.
·         Masukkan Whipping cream, kacau rata.
·         Masukkan tepung jagung  untuk memekatkan sos. Kalau taknak pekat sgt, masukkan sikit je, atau kalau suka cair, tak payah guna.
·         Perasakan dgn garam secukup rasa.
(Nota: resepi asal dimasukkan cendawan butang…so jadi mushroom sauce, tapi aku tak letak cendawan, just black pepper……but kaler sauce ni takdelah black…..)

Butter Rice
Ingredients:
Secawan  beras basmathi
3 ulas bawang merah - dimayang
Seulas bawang putih- dimayang
Sekuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Sebiji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis – tgoklah saiznye
3 helai daun pandan
Sedikit kismis
Sedikit biji gajus
2 sudu besar planta
Garam - option

·         Masukkan planta dalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
·         Masukkan beras dan air secukupnya serta daun pandan. Masukkan garam dan tanak nasi hingga masak. Kacau nasi sekali sekala.
·         Apabila nasi hampir masak, masukkah kismis dan gajus.

Sayur campur
Ingredients:
Brokoli, bunga kobis, lobak merah – dicelur dan direndam ke dalam air sejuk (ais).
(terpulang kepada sayur favorite korang lah...asparagus saja pun best..sangat sesuai makan dengan daging, tapi anak2 aku tak makan plak kang...)
  ½ biji bawng merah – dicincang, Sebiji bawang putih – dicincang, 
ni sayur yang dah dicelur, dan direndam dalam air sejuk,
air dalam peti ais tu ye...supaya sayur tu
kekal cantik kalernya dan crunchy.

Minyak zaitun, Lada sulah, Garam
·         Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan sayur-sayuran tadi, perisakan dengan garam dan lada sulah.






  


Monday, August 16, 2010

Demam...

Salam....since ahad hari, I tak sihat uoolllss......demam, selsema, sakit tekak - hatrik bak kata one of my colleuge, Muz.  Apa nak buat, mula2 mr Hubby yang kena, pastu berjangkitlah kat wifey nye...alhmadulillah bebudak ok je ......... antibodi dorg kuat...lainlah ibu n abahnya yang kurang sikit ke-muda-an-nya...hehhehe

Walaupun demam, tapi tadi masa berbuka, masak jugak sbb malas nak gi berjalan2 kat param yang terletak kira-kira 100meter dari belakang umah ni.....(kalau gi shopping complex , ok kot...hehehhe)......so masak le apa yang ada je kat umah ni.

menu 1: kurma daging + telur rebus (daging ada sikit je, tu yg campur ngan teluq tu...) - cara memasak : sila ikut arahan pada paket rempat kurma adabi...hehhe....tapi I pakai santan M&S rendah lemak kotak biru.

menu 2: asparagus goreng pedas dgn fish cake  - tumis bwg merah & putih, masukkan cili giling dalam sesudu, sos tiram sesudu, air sikit....biarkan seketika dan masukkan garam + gula.....siap!

menu 3: sawi tumis air (fav.budak2) - tapi kali ini tak isi bilis, tukar plak masukkan fish ball coz si kecik tu hantu fishball, dan lagi tambah isi ikan kembung bakar semalam yg tak habis tu.......masukkan sikittttt je kiub ayam, garam, lada sulah...dah ....siap!

menu 4: agar2 milo.....masak agar2, campur gula + milo + fresh milk,  sejukkan.......siap!

menu 5: air teh strawberry panas - brand Ahmad Tea....

kueh2:....tepung pelita, buah melaka - ada org jual kat pintu belakang umah ni.....

oklah....eden nak tido ni......see you soon.....(nak pi belek blog cek chun jap, masak lamb chop katanya...)

XOXO....

Saturday, August 14, 2010

Puasa....

Assalammualaikum....
Hari ini, 14 Ogos, bersamaan dengan 4 ramadhan...dah 4 hari puasa.......Alhamdulillah setakat ni belum lagi berbuka puasa kat ofis......esoklah agaknya, coz kene keje petang.

Setakat ni jugak, alhamdulillah belum lagi melawat ke PARAM = Pasar Ramadhan....last year, our hero, Danish baru 5 tahun, so dia puasa yang yang yok je.....so me and hubby balik keje terus gi param, belanja kurang rm5 je....macam tak percaya kan?...tapi tu lah, kami berbuka ala kadar je....sahur baru makan nasi......tapi kalau gi berbuka kat umah org tu lain lah citer...heheheh

Tahun ni, Danish dah 6 tahun, dia pose (tapi 2nd day ari tu dia minum air almost kul 7, katanya peninglah, nak muntah lah...) so our menu utk berbuka mestilah nasi...sian kat dia takut laporrrrrrr.....
So 1st day, my beloved HUBBY, balik dulu, dia masak nasi grg tom yam (perencah adabi ...), sedap...bab masak nasi grg memang I puji habis mr hubby, memang sedap, kekadang letak epal lah, kurma, limau kasturi...tapi memang SEDDAAAPPPPP.....my kids pun cakap "It's really nice".

2nd day pulak...Mr Hubby mc, demam selsema, and aku pulak dan kul 7 baru sampai umah...so menunya spaghetti grg dan cokodok bilis (adabi lagi....hari tu dpt hamper adabi.....). Lepas berbuka baru masak nasi coz mamat kecik dua org tu dah lapar.....so lauknye?....
sayur sawi tumis air

daging masak kicap
selain dua menu kat atas ni, ada jugak ikan goreng. Simple je lauk2 ni, tapi boleh tambah dua tiga kali......

Resepinya:  Sayur Sawi Tumis Air

                   Sawi
                    carrot
                   2 ulas bawang merah - mayang halus
                   1 ulas bawang putih - mayang halus
                   ikan bilis
                   minyak utk menumis
                   air
                   lada sulah
                   garam dan gula

Cara memasak: Sawi dan carrot tu potonglah ikut suka. Panaskan minyak, tumis bawang merah & putih, masukkan carrot, batang sawi  & ikan bilis, bila dah layu masukkan air, biar hingga mendidih. Selepas itu masukkan daun sawi, tambah gula, garam dan lada sulah secukup rasa. Siap :)

Resepi : Daging masak kicap

              Daging - potong nipis
              Bawang merah, bawang putih, bawang besar - semuanya dimayang
              Sedikit halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
              Sos tiram , kicap, asam keping
              Minyak, air, garam, gula
              (sukatan utk seme bahan2 ni, aku pakai agak2 je...)

Cara memasak: Tumiskan semua jenis bawang, halia dan rempah2 tu sampai wangi, masukkan daging, biarkan seketika hingga air daging keluar, masukkan sos tiram, air, kicap dan asam keping. Biarkan mendidih, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Simple je kan?....Selamat mencuba :)