Wednesday, November 3, 2010

BEEF STEAK


Salam semua…..
Selasa hari tu was my off day, …..so seperti biasa aku akan tanya Mr. Hubby nak makan apa for dinner? And he requested for marinated beef …western style with rice katanya. Before this aku beli yang dah ready daging/ayam/lamb marinated kat Carrefour je. Tapi kali ni aku buat sendiri ye…..
For marinated beef steak tu, aku pun mulalah mengGoogle….walaupun kat umah byk majalah RASA dan yang seangkatan dengannya, tapi aku saja je mengGoogle sambil baring2 kan….. maka terjumpalah akan resepi yang senang sikit kat http://sayasukamasak.wordpress.com/ . Tapi tak ikut exactly lah, coz guna apa yang ada kat umah je.

Marinated Beef Steak (utk dua org makan) - budak2 makan ayam ye...
Ingredients:
2 keping daging lembu (steak)
Sebiji bawang besar – dicincang
Seulas bawang putih – dicincang
1 camca teh jintan manis – tumbuk
1 camca teh serbuk lada hitam
2 sudu besar Mix Herbs
1 sudu besar gula
3 biji limau kasturi
1 senduk Weichestershire sauce
Sedikit daun parsley – dicincang
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun secukupnya - untuk perap.

*       Gaulkan kesemua bahan dan perapkan daging semalaman ( aku perap 5 jam je). Pastu aku bakar dalam kuali je.
 

Ni lah daging yang diperap selama 5 jam tu.
  
* Beef steak yang dah siap dimasak, dihidangkan bersama blackpepper sauce, mix vege, potato dan nasi.


Blackpepper sauce
Ingredients:
antara bahan2 yg digunakan untuk beef steak
dan black pepper sauce.
Sebiji bawang besar – dicincang
1 camca teh Mix Herbs
Sehelai daun bay
1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dgn air
1 senduk Weichestershire sauce
1 camca teh serbuk lada hitam – kalau nak pedas, tambah lagi
1 kotak whipping cream
3 sudu besar butter – aku guna Naturel spread coz butter dah abih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun untuk menumis

·         Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
·         Masukkan Mix Herbs, lada hitam dan daun bay…..tumiskan seketika.
·         Masukkan Weichestershire sauce, gaul rata.
·         Masukkan Whipping cream, kacau rata.
·         Masukkan tepung jagung  untuk memekatkan sos. Kalau taknak pekat sgt, masukkan sikit je, atau kalau suka cair, tak payah guna.
·         Perasakan dgn garam secukup rasa.
(Nota: resepi asal dimasukkan cendawan butang…so jadi mushroom sauce, tapi aku tak letak cendawan, just black pepper……but kaler sauce ni takdelah black…..)

Butter Rice
Ingredients:
Secawan  beras basmathi
3 ulas bawang merah - dimayang
Seulas bawang putih- dimayang
Sekuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Sebiji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis – tgoklah saiznye
3 helai daun pandan
Sedikit kismis
Sedikit biji gajus
2 sudu besar planta
Garam - option

·         Masukkan planta dalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
·         Masukkan beras dan air secukupnya serta daun pandan. Masukkan garam dan tanak nasi hingga masak. Kacau nasi sekali sekala.
·         Apabila nasi hampir masak, masukkah kismis dan gajus.

Sayur campur
Ingredients:
Brokoli, bunga kobis, lobak merah – dicelur dan direndam ke dalam air sejuk (ais).
(terpulang kepada sayur favorite korang lah...asparagus saja pun best..sangat sesuai makan dengan daging, tapi anak2 aku tak makan plak kang...)
  ½ biji bawng merah – dicincang, Sebiji bawang putih – dicincang, 
ni sayur yang dah dicelur, dan direndam dalam air sejuk,
air dalam peti ais tu ye...supaya sayur tu
kekal cantik kalernya dan crunchy.

Minyak zaitun, Lada sulah, Garam
·         Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan sayur-sayuran tadi, perisakan dengan garam dan lada sulah.






  


Tuesday, October 19, 2010

Alamakkkk...

Salam.....

Sebenarnya aku sangat kecewa (cheeewaahhh...hari ni nak tulis bahasa melayu, bukan rojak)...
Dua tiga hari lepas masa aku nak mengkategorikan entri-entri aku, akudah terpadam satu entri (maklumlah saya budak baru belajar)...entri pasal balik raya di kampung aku, di Pekan, Pahang....dah lah ada gambar2 bbq yang sangat menyelerakan tu,.........huhuhu...

Tetapi tidak mengapa.....rasanya aku masih ingat lagi butirannya dalam entri yang terpadam itu....ceritanya bermula begini......masa Syawal baru-baru ini, aku balik beraya rumah mentua kat Perak....cadangnya seminggu lepas tu, minggu 18 & 19 September aku nak balik lah beraya kat Pekan pula, nak raya dengan Mommy dan Abah aku, tapi tak dapat sebab kerja....jadi aku pun balik pada minggu 25 & 26 September tu. Seperti biasa, aku bertolak Jumaat malam. Ingatkan Sabtu pagi tu nak pegi beraya ke  rumah kawan-kawan dan saudara-mara aku, tapi perut ni meragam lah pulak.....duduk je lah kat rumah. Lagipun aku rasa, lebih baik luangkan masa dengan Mommy dan Abah kan?......

Sabtu malam tu, seperti Abang Ngah aku janjikan, kami pun buatlah bbq....hehehhehe...ayam, daging, ikan kerisi, ikan selar, ikan talapia dari sangkar ikan Abang De, udang.......hmmm...nyum...nyum...nyummm....

Ahad tu pulak aku duduk je kat rumah.....malam tu dalam pukul 10 gerak balik ke KL........InsyaAllah Raya Haji ni balik pekan...Abang Ngah dah cakap boleh bakar lemang dan buat bbq lagi.....

Wassalam.....(nanti aku muat -naik semula gambar-gambar yang sangat menyelerakan itu.......)