Monday, January 19, 2015

2015.....tengok bunga api....

Arghhhhh...dah 2015.....last update blog pada 2013....teruknya lah...maknanya azam tahun lepas tak tercapai walaupun sebenarnya banyakkkkkk yang nak ditulis.

Okey...let's start for this year and hope it will continuous.....takde stop2 dah.......

Assalammualaikum....

Dah 19 Januari 2015........

Banyak sebenarnya yang aku nak cerita tapi semuanya dalam kepala....
Idea datang bila-bila masa...tak kira tempat ...tak kira ketika....
Waktu itu otak ralit menyusun kata....
Namun sampai sudah...tiada yang menjadi nyata....

Tapi hari ini aku harap semuanya terlaksana
Akan ku zahirkan semua yang dikata
Kata-kata yang bukan untuk aku sahaja
Tapi untuk dikongsi dengan korang semua

Tak kira lah pengalaman aku ke
Apa yang aku nampak orang lain buat ke....
Apa yang aku rasa bagus untuk dikongsi bersama....
Tak payah bayarpun.....korang ambik aje....
Cuma jangan jadikan hak cipta diri sendiri sudah le........

Okey........(tarik nafas...)

Actually aku dah lama nak bawak anak2 gi tengok bunga api malam new year
Walaupun dari rumah boleh nampak gak bunga api klcc tu, tapi tak clear
 Jadi awal2 aku dah book PNB Darby Park .....
Tu je yang available......bukan aku nak tunjuk lagak.....

Tiba2....banjir melanda.....walaupun aku tak kena tapi hati tetap sebak
Tiap2 hari fikirkan mak .....
Alhamdulillah....setakat sejengkal je air masuk kat ruang tamu bawah 
Dibandingkan rakyat Kelantan.....pengalaman mereka lagi sukar....

Ok back to bunga api tadi....
Tiba-tiba PM umum semua acara sambutan new year dibatalkan....
Ok.....tapi hotel tak boleh kensel....
In fact dah potong pun duit kad kredit.....
So aku bagitahu anak2 .....maybe bunga api takde
Tapi kitorang tetap tunggu bermula jam 11:56 malam.....(ikut jam menara maxis)
Jeng...jeng...jeng.......
Tepat 12:00 tanda masuknya new year 2015....
Maka bunga api pun kelihatan.....
Alhamdulillah tercapai juga hajat......
10 minit kami pegun melihat percikan warna warni di awan....
Cantik sekali....
Puas hati....berbaloi.....







Ok...kitorang duduk satu malam.....
Recommended ......but pricey.....namun pushati.....

Oh...esoknye masa dalam lif terjumpa sorang pakcik ni
Dia pun kata "nasib baik ada jugak bunga api malam tadi".....
Hahahaha....well bukan aku sorang je lah yang ingat bunga api pun kensel kan.....

Eh...gambar bunga api takde....
Tengah tunggu hubby aku send jap...
Sebab seme gambar kat dlm phone dia......
Kalau dah dapat nanti aku tempek ye.....

Sekian sahaja untuk kali ni....
Jumpa lagi seketika nanti.....









Tuesday, June 18, 2013

Selamat Hari Bapa....

Assalamualaikum,

Actually semalam lebih kurang waktu cam ni jugak aku dah siapkan entry yg tajuk ni jugak....tp aku terdelete semuanya ketika hanya nak tukarkan font di para terakhir huhuhu....sadis sungguh....ayat pun dah best dah....takpelah, kita cuba kali ini pulak.

Okeh....last sunday ialah Father's Day. As usual sejak 10 tahun yg lalu (sejak kawen le) aku akan buat sesuatu sebagai tanda aku menghargai bapa kepada anak-anak aku (walaupun tiap2 hari aku appreciate dia)...siapa lagi kalau bukan Encik Hubby saya 💏.

So ini kalilah pepagi buta (takde lah pagi sgt....around 8-9 gitew) aku buat breakfast. Very simple and easy and fast one sbb lepas tu nak keluar reronda Kolumpo.


Kan simple kan? But nice kan? Hehhe perasan sendiri. Dlm pinggan kaler biru tu ialah chicken ball with ketchup, pinggan hijau tu pulak ialah cheese wedges yo!!! Cheese tu cuma bancuh dgn air panas je. Senang kan? Breakfast ala2 Mat salleh tu dipadankan dengan fresh Apple dan carrot juice.

Dan anak2 aku bagi kad kat Abah diorang. This year inisiatif diorg sendiri. Tahun2 sebelumnya aku yg pilih dan belikan dan suruh diorg sendiri. Oh...anak2 ku dah besar...but you are still my babies ❤❤❤.


Begitulah rupa kad2 yg diberikan diorg kepada beloved Abah diorg. Yang handmade sebelah kiri tu from Darwisy, buat kat sekolah masa subjek PSV. (Apa? PSV? Pendidikan Seni & Visual...zaman dulu dipanggil subjek Lukisan). Yang sah2 dibeli kad sebelah kanan tu diberikan oleh si Abang Danish.  Yg lawaknya Danish pilih sendiri kad tu masa kat midvalley dan Abah yg bayarkan. Balik rumah baru dia tulis dan bagi kepada Abah nye....without envelope. Aku rasa masa dia beli pun mmg dia tak ambik envelope tu kot...

(Smlm aku dah ngantuk sgt so aku sambung pagi ni)

To my dear Hubby...thanks for being a wonderful Dad to our lovely superjuniors. They love you much. They always worry about you. They want the best thing for you. And they always appreciate and respect you. I love you By