Wednesday, September 29, 2010

Raya.......

Salam....kita masih lagi dalam bulan Syawal....hari ini 20 Syawal...still lagi mood raya, petang tadi ada jamuan raya TV Newsroom...meriah, macam2 makanan ada..... Tahun ni raya korang meriah tak?....
Tahun ni, aku balik raya kat Perak, rumah mentua...1st day raya pergi Sungai Siput...2nd raya - pergi kenduri kat kampung, 3rd raya pergi jalan2 rumah kawan2 hubby, adalah 3 rumah kot...semenya bawak family. Yang bestnye semenya anak-anak lelaki..semenye jadi ultraman.....
Raya keempat aku tak sihat, makan macam2....malam je baru berselera nak makan coz no more lauk raya....the next morning raya kelima tu, dah balik KL, smooth je PLUS, tapi sampai KL terus masuk opis.....keje, keje dan keje...
Hanya last week, 25 dan 26 September baru aku dapat balik beraya kat rumah parents aku kat Pahang. Abang-abang aku buat BBQ, macam2 ada, daging,ayam, ketam, udang, ikan laut, ikan sungai...wahhhhh meriahnya makananan....syokkkkk......
Tapi yang tak bestnya, two days only, dah tu tak jalan ke mana2 pun. Sedih sebenarnya coz aku tak dapat gi jalan2 rumah makcik2 aku.....plan, sabtu pagi tu nak gi ronda2 rumah makcik2 pakcik2 n frens, tapi my stomach not feeling well...ahad siang tu plak, rasa cam tak sampai hati plak nak tinggalkan parents aku, dah lah balik sekejap, nak kesana sini plak...nak bawak dorang sama tak bleh coz abah sakit, mommy lah yang jaganye. Dorang pun nak lepas rindu kat cucu jugak kan....
Thinking bout this yang buatkan hati aku kuattttt sangat nak benti kerje...sedih tau setiap kali raya tak dapat nak beraya cam org lain, ada masa hari raya kene kerja. Tiap2 bulan nak balik kampung pun tak dapat coz selalunya off weekend sekali je sebulan....nak balik weekdays, hubby aku keje, anak2 aku sekolah....sedih sesangat.....but i never show it to others..that's why aku jarang nak call mak aku, aku sedihlah bila dgr dia tanya "bila nak balik?"...
Lagipun hubby aku dah pernah cakap, "Once Danish masuk darjah satu, you just stay at home......"...so next year Danish dah darjah satu. Tapi rezeki belum ada lagi nak benti kerja ni...i just got permanent staff last July (after 8yrs contract). My work like this, cuma untungnya, keluar ofis, kerje habis. And my Hubby's work lagi berat...kat ofis kerja, balik umah kerja, cuti kena layan kerja.......sedih aku tgok dia punya workload tu.......susahkan jadi ketua keluarga. Apa2 pun he try to give the best for our family. Love You So Much Hubby!

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan, Abah dan Syawal....

Salam.
Ramadhan dan hampir ke penghujungnya....esok atau lusa, kita bakal meraikan Syawal....masa yang dinanti-nantikan, terutamanya oleh budak-budak. Aku pun macam tu jugak dulu.Macam-macam kenangan manis antaranya pagi-pagi raya dah keluar dengan sepupu2 dan kawan2 kutip duit raya...aku pun pernah beraya ke rumah Allahyarham Biduanita Negara, Datin Rafeah Buang......
Selain kenangan mani, kenangan pahit pun ada jugak. Kenangan pahit bagi aku ialah pada 2001. Hanya lapan hari lagi nak raya, dan aku yang baru masuk kerja pada bulan julai, dan sah-sah tak dapat cuti raya...keje buat berita, so freshie kenelah kerja kan......
Tapi tiba2 lebih kurang pukul 2 lebih, aku dapat call daripada abang aku, bagitahu yang Abah aku diserang strok....apa lagi...hanya airmata yang mengiringi aku....aku closed dgn dia, anak pompuan sorang lah katakan.....macam2 ada dalam kepala aku nih...
Aku tunggu boyfriend aku (skang ni dah jadi HUBBY aku) dtg amik kat ofis, hantar aku pergi rumah pakcik aku kat kampung baru. Aku balik kampung bersama dengan pakcik, makcik, eteh dan makteh aku.
Sampai terus aku ke hospital kuantan...pastu aku pulak demam....tiap2 hari bos aku call tanya bila nak masuk ofis...memang lah aku hangin gak sbb Abah aku dah lah sakit, nak raya lak tu....aku masuk keje after raya kedua.
Sekarang dah 9 tahun Abah terbaring je atas katil, kesihatannya semakin susut. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Sedih tau.....tapi aku tahu ada orang lain yang lebih sedih dari aku..... Mommy aku setia menjaga Abah aku kat kampung, sambil dibantu abang2 aku. Aku je sorang yang kat KL ni. Aku mengaku aku s edih bila tak dapat balik jenguk dorg everymonth coz keje aku yang weekend pun kene keje nih.....
Raya ni aku balik rumah Hubby aku, kat Kuala Kangsar. Sejak kahwin 2003, setiap kali raya memang kami balik satu kampung sahaja, kecuali masa 2004 kalau tak silap aku, masa tu dah ada Danish. Tu pun dari Perak, kami transit kat KL semalam, pastu esok baru sambung balik ke Pekan, Pahang. Tu pun sbb aku dapat cuti lama sikit rasanye.
Kerja macam aku ni mana boleh nak cuti lama2, kena fikirkan member lain yang nak cuti jugak lepas tu.
Tapi aku akan pastikan dalam bulan Syawal jugak aku balik ke kampung lagi satu. macam tahun ni, aku cuti lima hari je, memang aku tak larat nak balik dua-dua kampung within that 5 days. satu menghalan ke utara, satu ke pantai timur. Yang penting my mom n brothers faham yang aku adalah seorang isteri dan ada parents-in-laws. Walaupun tak dinafikan sayu hati aku setiap kali pagi raya aku tak bersama keluarga aku. But it still Hari Raya kan, everyone should be happy. Selamat Hari Raya semua...maaf zahir dan batin..pandulah berhati-hati ye.....